09/01/2014

A NEW START

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,

Buat pertama kalinya terdetik di hati ini untuk melakarkan setiap kenangan yang terukir dalam hidupku bersama suami dan anak-anakku. Blog "Gifts from Allah" ini akan diukir dengan memori hidupku bersama suami dan anak anakku. "Gift from Allah" dipilih bagi menggambarkan rasa kesyukuranku terhadap anugerah-Nya yang tak terhingga kepadaku. Satu kurniaan yang telah mengubah corak hidupku ke arah yang jauh lebih baik.

Sebelum hadirnya insan yang bergelar suami dalam hidupku, hidupku digelumangi dengan pahit dan luka yang mana sehingga kini sukar untuk aku mempercayai akan segala yang pernah berlaku. Mungkin kata kata ini membuahkan pertanyaan "apakah yang telah aku lalui sehinggakan aku sendiri sukar untuk mempercayainya?", namun aku memilih untuk tidak mencoretkannya di sini. Biarlah ianya menjadi satu kenangan hitam yang hanya akan berada di dalam kotak fikiranku semata mata.

                                                                                                                                                                                                        
A fresh start! Yup, permulaan yang indah dalam hidupku berlaku apabila Allah mengurniakan aku seorang suami yang telah banyak mencorakkan warna-warna indah dalam hidupku. Dari warna hitam hidupku kini seindah pelangi. Semoga keindahan ini berkekalan hingga ke akhir nafasku. Suamiku, Mohd Shubanthirio sanggup menerima diriku yang dipenuhi 1001 kelemahan dan kecacatan. Walaupun beliau pernah memiliki insan yang 1001 kali ganda lebih bernilai dan sempurna dari diriku tetapi dia lah jodohku. Terima kasih yang tidak terhingga buatnya atas kesudian menerima diriku di saat aku keseorangan dan kesepian. Di saat aku kebuntuan dan kebingungan dalam mengharungi ujian Allah. Di saat aku hilang pautan dan bersendirian dalam melayari erti kehidupan.

Next exit dalam hidupku adalah hadirnya seorang anak perempuan aku iaitu Qairyn Nur Irdina Saffiya. Satu lagi anugerah Allah yang amat berharga buatku. Hadirnya mengukir kekuatan padaku untuk menerima segala yang pernah berlaku dalam hidupku dengan redha. Hadirnya jua turut mengubah hidup orang2 di sekelilingku. Seindah maksud namanya "sebaik baik cahaya kebijaksanaan ,keberkatan.... Sesungguhnya Qairyn telah banyak memberi sinar kepada kami sekeluarga. Kekeruhan yang ada telah dijernihkan dengan kehadirannya sebagai seorang puteri kepadaku dan suamiku.

Muhammad Haim Hilman. Haim bermaksud jatuh cinta dan Hilman kesabaran/kesopanan. Seindah namanya jua, aku diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar. Kurniaan Allah ini telah menyedarkan aku betapa hidup ini tiada yang mustahil dengan adanya keizinan Allah. Aku berjuang dalam mendapatkan master demi untuk menunaikan janji aku sebagai seorang anak. Aku berjuang demi untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di masa depan. Ya... kehadiran Haim telah memberikan aku lebih banyak kekuatan dan ketabahan dalam melayari perjuanganku ini. Aku kuat demi mengembalikan masa depan yang lebih baik untuk suami dan anak anakku.. Masa depan yang pernah diragut oleh insan yang tidak berhati perut dan busuk.

Apapun hadirnya Mohd Shubanthirio, Qairyn Nur Irdina Saffiya dan Muhammad Haim Hilman telah membawa aku ke alam yang mana aku sendiri tidak pernah jangkakan.  Allah telah anugerahkan kepadaku berlian yang tidak ternilai malah jauh lebih bernilai dari diriku sendiri. Setiap nafas yang diberikan oleh-Nya ini adalah untuk mereka bertiga.. Segalanya untuk mereka.



Wallahu a’lam bish-shawabi.
"Hanya Allah yang Mengetahui kebenarannya/ kesesuaiannya"

No comments:

Post a Comment