31/01/2014

Promosi Homestay Sempena SUKMA Perlis 2014

Bismillahirrahmanirrahim.  Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,

Sempena sukan Sukma yang akan bertuan rumahkan negeri Perlis Indera Kayangan ini, D'Qairyn Homestay ingin mengadakan promosi hebat untuk korang semua. Promosinya adalah 3 + 1 package. Means that stay 4 malam tapi byr untuk 3 malam ja...

So sesapa yang terlibat dengan Sukma 2014 or yang teringin untuk menyaksikan sukan ni boleh la terjah D'Qairyn Homestay... Tempahan dibuka sekarang..


Hubungi Shuban (019-7529100)@ Diyana (013-7529100) untuk tempahan anda. Anda bleh trus col atau wassapp saja...

Check in: 2.00pm
Check out :  12.00pm
Late check out penanlti: atas budi bicara antara kita..
Deposit: 1 night rate (last minute cancel burn la deposit tu)
Location: No. 8, Jalan Maju 5, Taman Kemajuan,01000 Kangar, Perlis  
Wallahu a’lam bish-shawabi.
"Hanya Allah yang Mengetahui kebenarannya/ kesesuaiannya"



28/01/2014

D' Qairyn Homestay Kangar, Perlis

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,

Kali ni entry luar dari objektif blog ni. Its about homestay di Kangar, Perlis. Actually, homestay ni bapak aku punya. Beliau mintak aku uruskan memandangkan homestay ni dekat dengan umah aku. So detail Homestay D'Qairyn ni adalah seperti berikut.

Room 1

Room 2

- Room 1 and 2 ada queen bed and air-cond.. Muat la untuk 4 orang.. 2 orang 1 bilik. 

- Dua dua ada almari baju dan ampaian... senang korang nak simpan baju..

- 1 lg bilik single bed.. yang ni ada kipas ja.. xbleh ltk air cond sbb kck ckit.. bleh mati kebekuan uollss klu ltk air cond.. so memadai la dengan gn kipas ja.. 


- Ni ruang dapur dia..
- Ada microwave klu2 korang malas nak masak...panaskan jer makanan yang korang beli tu...senang...
- Ada kettle untuk korang masak air..
- Ada peti sejuk untuk korang simpan makan n minum yang masih elok lagi. Tp dalam gambar xnmpk..
- Ada rice cooker klu2 korang rajin nak masak nasi tp malas masak lauk.. 
- Ada washing machine untuk yang rs2 malas atau tak suka travel blik bersama baju kotor dan busuk itu... So bleh la   korang basuh.. Ada function air turbo lg so bleh la cpt2 kering. Perlis ni agak kemarau ckit.. Insyaallah setengah jam dah kering baju.. Klu matahari tengah terik la... Klu malam, mendung n hari ujan manakan mungkin.. agak2 la korang pun...


Dapur untuk masak.. 




-Ni ruang memasak... bagi yang bw family tu bleh la masak.. Jimat kos.. Bleh simpan dwet tuk belanja kat padang besar ka, wang kelian ka... bukit kayu itam ka... mkn seafood kat kuala perlis atau nak lajak p langkawi pun bleh..



- Ni ruang makan.. Bleh muat 6 orang
- Bagi suami isteri yang nak beromantik2 sambil candle light dinner pun bleh.. Ada sinaran chandelier  yang menambahkan lagi suasana romantik tu.. Candle? Korang beli sendiri la kat borong Din depan sana.. xsmp 10mnt pun jalan kaki..

 
-Yang ni pulak toilet.. memang la toilet... xkan library kan...
-Insyaallah toilet ni xdak masalah flush.. korang boleh membuang dengan senang hati.. xperlu nak flush byk2 kali..
-Shower and water heater pun ada.. Nak manja lama2 dlm toilet bleh sgt.. xpns.. ada xzos fan... bleh bernyawa lama2 dalam toilet tu..
 
Facilities lain:-
-Ada air cond kat ruang tamu beserta sofa untuk korang santai2...
-Ada tv n njoy.. Klu korang rasa xpuas ht dengan channel njoy korang bw la decoder n sim card astro korang tu.. Nnt mr hubby aku pasangkan.. Bleh tgk channel yang ada kat umah korang.. rugi jgk byr tp xtgk.. senang korang bw skali.. mai gn kat homestay ni.. ha...bijak n bernas x idea aku??? Nak check out korang amik la blik.. Jgn risau, kami xamik punya...
-Surau xsmp 10mnt klu korang ni jns yg jalan ayu jer..sopan santun jer..
-Masjid kn naik motor la br xsmp 10mnt..
-Ada 7e, u station, klinik, spa, farmasi, kedai jamu2, cool blog py kedai, coway... Semua ni xsmp 5 mnt klu berjalan..dekat sesangat.. Nak borong brg korang pergi borong Din.. mcm2 ada.. Periuk belanga suma ada..Barang kelengkapan nak buat majlis kawen pun ada...
-pg ada jual ns lemak n kuih2 xsmp 5mnt jgk jalan.. sama jgk kuih2 untk makn ptg. 
-kedai makan melambak kat sekitar homestay ni.. pilih ja... semuanya jalan kaki ja... burger ada, masakan panas ada... satay ada.. steamboat ada.. western ada.. buah buahan pun ada.. jagung bakar, jagung rebus.. sumer dekat ja... Giant n McD dalam proses.. 5mnt jalan.. dekat2 ja..
-KFC, Pizzahut, Watson, Guardian korang kena nek moto at least.. ada la dlm 6 7 mnt.. Maybank, bank islam, bus station sumer area tu ja.. dekat sangat.. Jalan kaki xsmp stgh jam.. Bleh la jalan klu rajin.. Kedai kek area sama juga.. Garden n sayang cake house.. Bleh la terjah kalau nak celebrate something...Celcom centre pun kat situ.. Kot2 lupa byr bil bleh la byr kot2 emergency nak gn..kot2!
-If korang stay on Ramadhan, bazar ramadhan xsmp 5mnt pun korang jalan.. kat tepi2 homestay ni jer.. senang.. xperlu penat2 start keta..

Actualy byk lg kemudahan lain. tp korang dtg n tgk la..So, ape pendapat korang??? Best kan area homestay ni.. sume dekat2 ja.. Klu datang Perlis singgah la.. 

Bagi sesiapa yang sudi nak stay kat cni plz wassaap or msg or col di 019-7529100 (Shuban) or 013-7529100 (Diyana). Yang nak email pun bleh, just email pada shuban85@gmail.com atau ladydye85@gmail.com..

Mudah kan..Satu malam RM170 jer... Tapi on school holiday or public holiday RM200.. RM30 jer lbh...xbyk pun... Klu hotel2 2x ganda lbh uollls..ioolllsss just RM30 ajer..ok la tu..Limited untuk 5 org.*

*kalau semua nak tdow atas katil la.. kalau xkesah, isi la brapa org pun nok! Xde additional charge. Asal korang x ksh n sanggup.. Ada 1 additional tilam disediakan..

Check in: 2.00pm
Check out :  12.00pm
Late check out penanlti: atas budi bicara antara kita..
Deposit: RM50 (last minute cancel burn la deposit tu)
Location: No. 8, Jalan Maju 5, Taman Kemajuan,01000 Kangar, Perlis


Wallahu a’lam bish-shawabi.
"Hanya Allah yang Mengetahui kebenarannya/ kesesuaiannya"

09/01/2014

A NEW START

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,

Buat pertama kalinya terdetik di hati ini untuk melakarkan setiap kenangan yang terukir dalam hidupku bersama suami dan anak-anakku. Blog "Gifts from Allah" ini akan diukir dengan memori hidupku bersama suami dan anak anakku. "Gift from Allah" dipilih bagi menggambarkan rasa kesyukuranku terhadap anugerah-Nya yang tak terhingga kepadaku. Satu kurniaan yang telah mengubah corak hidupku ke arah yang jauh lebih baik.

Sebelum hadirnya insan yang bergelar suami dalam hidupku, hidupku digelumangi dengan pahit dan luka yang mana sehingga kini sukar untuk aku mempercayai akan segala yang pernah berlaku. Mungkin kata kata ini membuahkan pertanyaan "apakah yang telah aku lalui sehinggakan aku sendiri sukar untuk mempercayainya?", namun aku memilih untuk tidak mencoretkannya di sini. Biarlah ianya menjadi satu kenangan hitam yang hanya akan berada di dalam kotak fikiranku semata mata.

                                                                                                                                                                                                        
A fresh start! Yup, permulaan yang indah dalam hidupku berlaku apabila Allah mengurniakan aku seorang suami yang telah banyak mencorakkan warna-warna indah dalam hidupku. Dari warna hitam hidupku kini seindah pelangi. Semoga keindahan ini berkekalan hingga ke akhir nafasku. Suamiku, Mohd Shubanthirio sanggup menerima diriku yang dipenuhi 1001 kelemahan dan kecacatan. Walaupun beliau pernah memiliki insan yang 1001 kali ganda lebih bernilai dan sempurna dari diriku tetapi dia lah jodohku. Terima kasih yang tidak terhingga buatnya atas kesudian menerima diriku di saat aku keseorangan dan kesepian. Di saat aku kebuntuan dan kebingungan dalam mengharungi ujian Allah. Di saat aku hilang pautan dan bersendirian dalam melayari erti kehidupan.

Next exit dalam hidupku adalah hadirnya seorang anak perempuan aku iaitu Qairyn Nur Irdina Saffiya. Satu lagi anugerah Allah yang amat berharga buatku. Hadirnya mengukir kekuatan padaku untuk menerima segala yang pernah berlaku dalam hidupku dengan redha. Hadirnya jua turut mengubah hidup orang2 di sekelilingku. Seindah maksud namanya "sebaik baik cahaya kebijaksanaan ,keberkatan.... Sesungguhnya Qairyn telah banyak memberi sinar kepada kami sekeluarga. Kekeruhan yang ada telah dijernihkan dengan kehadirannya sebagai seorang puteri kepadaku dan suamiku.

Muhammad Haim Hilman. Haim bermaksud jatuh cinta dan Hilman kesabaran/kesopanan. Seindah namanya jua, aku diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar. Kurniaan Allah ini telah menyedarkan aku betapa hidup ini tiada yang mustahil dengan adanya keizinan Allah. Aku berjuang dalam mendapatkan master demi untuk menunaikan janji aku sebagai seorang anak. Aku berjuang demi untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di masa depan. Ya... kehadiran Haim telah memberikan aku lebih banyak kekuatan dan ketabahan dalam melayari perjuanganku ini. Aku kuat demi mengembalikan masa depan yang lebih baik untuk suami dan anak anakku.. Masa depan yang pernah diragut oleh insan yang tidak berhati perut dan busuk.

Apapun hadirnya Mohd Shubanthirio, Qairyn Nur Irdina Saffiya dan Muhammad Haim Hilman telah membawa aku ke alam yang mana aku sendiri tidak pernah jangkakan.  Allah telah anugerahkan kepadaku berlian yang tidak ternilai malah jauh lebih bernilai dari diriku sendiri. Setiap nafas yang diberikan oleh-Nya ini adalah untuk mereka bertiga.. Segalanya untuk mereka.



Wallahu a’lam bish-shawabi.
"Hanya Allah yang Mengetahui kebenarannya/ kesesuaiannya"